Masjid Al-Mursyid rintis projek wakaf solar
ARAU: Masjid Al-Mursyid di Guring, Pauh di sini berjaya merintis projek wakaf solar hasil sinergi dengan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Bank Rakyat.
Projek solar berkenaan bernilai RM110,000 dan Bank Rakyat turut menyumbangkan RM62,000 kepada MAIPs untuk tujuan projek tersebut.
Masjid tersebut menjadi model program tranformasi masjid kepada rumah ibadat hijau dengan kerjasama dan kepakaran pusat pengurusan tenaga dan kampus Lestari Universiti Malaysia Perlis (Unimap).
Inisiatif tersebut turut melibatkan pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik (FKTE) Unimap daripada program Teknologi Penyelenggaraan Sistem Elektrik.
Mereka membantu dalam aktiviti yang telah dirancang termasuklah penukaran lampu kepada jenis diod pemancar cahaya (LED), pemasangan ‘smart wifi switch’, pili wuduk jenis cekap air, stesen kitar semula 3R dan pemasangan tangki penuaian air hujan serta ‘Smart Electrical Energy Monitoring System’.
Melalui program tersebut, diharap Masjid Al-Mursyid akan mendapat pengiktirafan sebagai rumah ibadat hijau melalui program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 yang dianjurkan oleh pihak Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).
Sementara itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs berkenan berangkat merasmikan projek wakaf solar di Masjid Al-Mursyid di sini hari ini.
Baginda turut berkenan menyaksikan simbolik sumbangan projek berkenaan oleh Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Prof. Dr. Raduwan Idar kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Unimap, Prof. Dr. Rizalafande Che Ismail; Pengarah Pusat Pengurusan Tenaga dan Kampus Lestari (COSCEM) Unimap, Prof. Madya Dr. Irnis Azura Zakarya dan Pengarah Urusan Kumpulan Gading Kencana, Datuk Dr. Muhamad Guntor Mansor Tobeng.
Turut sama pada program tersebut, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani; Ketua Pegawai Syariah Bank Rakyat, ustaz Mohd Zamerey Abdul Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Mursyid Syed Abu Bakar Syed Kamal Bharin Jamalullail.
Pada majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyerahkan agihan zakat MAIPs kepada 160 asnaf terpilih iaitu 20 penerima dari Guring, 70 dari kariah Arau 1 dan 70 dari Arau 2.
Masing-masing menerima RM700 dengan jumlah keseluruhan diagihkan MAIPs bernilai RM112,000.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source