“Farid Berangan, Setahun Diberi Peluang Tapi Gagal”
Susulan suaminya, Farid Kamil enggan menceraikannya, aktres Diana Danielle menganggap tindakan aktor itu memualkan sedangkan tiada apa untuk diselamatkan lagi.
Memetik Astro Awani, Diana berkata dia sudah memberi peluang selama setahun apabila rujuk semula tahun lalu namun suaminya gagal melakukannya.
“Bila saya sudah rujuk dengan dia selama setahun, bukankah itu satu peluang untuk berdamai dan perbaiki, tetapi dia gagal melakukannya.
“Jadi apa perlu saya lakukan sekarang? Adakah terus berharap sedangkan sudah terlalu banyak harapan diberi.
“Bagi saya, ini semua membuang masa kami berdua dan benda ini tidak akan ke mana-mana kerana saya sebulat hati mahukan perceraian ini berlaku,” katanya.
Sementara itu, Diana turut meminta suaminya untuk berpijak di bumi nyata serta tidak lagi menzalimi dirinya.
“Saya rasa dia perlu faham sudah tiba masanya untuk lepaskan saya. Tiada alasan dan percubaan lagi. Berpijaklah di bumi yang nyata, lepaskan dan jangan zalimi saya lagi. Saya rasa semua ini buang masa sebab tiada apa yang akan berubah, malah hidup akan diteruskan seperti biasa.
“Saya akan hadir ke mahkamah dan mahu mendapatkan apa yang saya mahu iaitu perceraian. Ceraikan saya, itu sahaja. Saya terima semua ini tetapi kenapa dia mahu lakukan cara ini,” katanya.
SUMBER: Astro Awani
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source