Timbulkan Fitnah Pasangan Suami Isteri Dah Cerai, Wanita ‘Offer’ RM50 Kepada Tuan Badan Yang Difitnah – “Harap Dapat Hapus Separuh Salah Saya…”
Kecoh di laman sosial X, hantaran seorang wanita yang telah mengundang fitnah terhadap satu pasangan suami isteri yang sebelum ini pernah tular apabila mereka memilih untuk kahwin sederhana dan tanpa hantaran.
Menerusi hantaran wanita itu, dia menulis ayat menceritakan maklumat bahawa satu pasangan yang tular nikah sederhana sebelum ini, telah bercerai.
Lah cerai dah pengantin nikah sederhana tahun 2023 tu, yang takde hantaran tu.
Hantaran itu telah menimbulkan fitnah selepas ramai netizen lain yang membuat andaian bahawa suami isteri yang dimaksudkan wanita tersebut adalah pasangan yang pernah tular tahun lalu.
Menyedari dirinya dan suami telah difitnah, tuan empunya badan telah tampil dan menjelaskan perkahwinannya bahagia, tidak seperti yang didakwa netizen.
Katanya, disebabkan hantaran wanita berkenaan dia dan suami tidak henti-henti mendapat panggilan daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan bertanyakan tentang perkahwinan mereka.
Disebabkan itu, dia menuntut wanita terbabit membuat permohonan maaf namun mengejutkan dia telah ditawarkan bayaran RM50 oleh individu berkenaan.
Saya mohon maaf atas kekhilafan saya atas sebaran fitnah yang tidak berasas bahawa puan dan pasangan telah bercerai. Saya tahu puan tak pandang duit saya, tapi buat masa sekarang saya ada bajet RM50 je boleh puan maafkan saya? Saya harap dengan RM50 ini dapat hapuskan separuh salah saya terhadap puan.
Menerusi hantaran di X, wanita berkenaan berkongsi tangkap layar mesej panjang lebar dihantar oleh individu terbabit dan berkata dia maafkan perbuatan tersebut namun meminta agar dia dan keluarga tidak lagi diganggu.
I maafkan you, jangan ganggu i dan semoga you berjaya dunia dan akhirat https://t.co/sTIpcOHyPi pic.twitter.com/0PhwSewI5d
— Rose 🇵🇸 (@wydsetan) December 19, 2024
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source