Enam Lelaki Didakwa Amang Seksual Gadis 16 Tahun Bergilir-Gilir Dalam Satu Rumah, Seorang Bakal Pengantin & Bakal Bertunang
Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar atas tuduhan amang seksual secara bergilir-gilir terhadap seorang remaja perempuan, di Tangkak, lima tahun lalu.
Menurut laporan, dua lelaki masing-masing bakal melangsungkan pertunangan Sabtu ini dan berkahwin pada Mei tahun depan adalah antara yang dituduh di mahkamah atas pertuduhan amang seksual itu.
Mereka ialah Muhammad Amirul Aiman Sahrrol, 20; Muhammad Azizi Shamsor Kamar, 23, dan kembarnya, Muhammad Azizan, 23; Muhammad Asraf Rosli, 23; Hafsyal Sufian Kamaluddin, 23, dan Muhammad Hafize Abd Rahim.
Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika kejadian, di sebuah rumah di Tangkak, di antara jam 1.30 hingga 2 pagi pada 20 Januari 2019.
Menjerit sampai jiran dengar
Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama, penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mengikut laporan, mangsa pada waktu kejadian telah bertandang ke rumah seorang daripada kenalan lelaki terbabit dan berehat di dalam bilik tingkat atas rumah itu. Ketika itu, terdapat sembilan lelaki di rumah terbabit dan tertuduh naik ke tingkat atas secara berdua-dua.
Mangsa yang tidak tahan dengan perbuatan mereka menangis dan menjerit sehingga didengari oleh jirannya yang kemudian keluar rumah untuk memeriksa.
Jiran tersebut dimaklumkan mangsa telah dicabul dan jiran itu terus menghubungi pihak polis sebelum enam lelaki itu ditahan.
Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca terhadap mereka secara berasingan. Kes disebut semula pada 27 Januari akan datang untuk serahan dokumen serta lantikan peguam bagi semua tertuduh.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak boleh mengganggu mangsa ataupun saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source