“Saya Dengan Arwah Suhaimi Saad Dah Putus Hubungan”
Penyanyi Ina Naim tampil menjawab kritikan daripada netizen yang mendakwa dirinya berubah sikap selepas mendirikan rumah tangga.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Ina menafikan tuduhan berkenaan serta mengatakan hubungannya dengan Allahyarham Suhaimi Saad sudah putus sebaik saja dia berkahwin dengan suaminya, Mohd. Khairul Rizal Mohd. Shukor.
Sebaliknya Ina berkata jika anak-anaknya yang melakukan dosa seperti contoh tidak menunaikan solat ianya akan mempengaruhi arwah Suhaimi dan disebabkan itu dia sentiasa mengingatkan anak-anak mengenai solat.
“Ada saya baca komen cakap kasihan arwah Suhaimi Saad, sedih arwah. Sebelah arwah tu masih kosong, kalau nak tempah bolehlah.
“Sini saya nak cakap, saya dengan arwah Suhaimi Saad dah putus hubungan. Apa yang saya buat, dia tak tanggung dosa saya melainkan anak-anak bila buat dosa contohnya tak solat, arwah bapa dia yang kena tanggung dekat sana.
“Tapi saya sangat berkeras dengan mereka supaya jaga amalan terutama solat sebab bila anak-anak tinggalkan solat, ibu bapa meskipun sudah meninggal akan terasa seksanya,” katanya.
Dalam pada itu, Ina berkata selepas dia mendirikan rumah tangga dengan Khairul Rizal, tugas dan tanggungjawabnya kini hanyalah buat suaminya.
“Saya dah tak ada apa-apa hubungan dengan suami lama, dah terputus. Tapi saya harap, insya-Allah mudah-mudahan doa saya untuk arwah sampai,” katanya.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source