Ramai menangis dengar Talita menyanyi lagu Kesetiaan
PETALING JAYA – Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Barangkali itu peribahasa paling tepat untuk menggambarkan tentang anak perempuan pelawak terkenal Shuib dan Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra.
Talita atau lebih mesra disapa sebagai Dekta, 10, menunjukkan minat dan bakatnya dalam bidang nyanyian persis arwah ibunya.
Video nyanyian Dekta menyampaikan lagu Kesetiaan telah menyentuh hati ramai penonton sehingga ada yang menangis.
“Menangis dengar Dekta menyanyi lagu ini. Nada suara sama seperti arwah. Dapat lepas rindu kepada arwah dengar Dekta menyanyi,” komen netizen.
“Ya Allah meremang bulu roma aku dengar Dekta menyanyi. Waktu dia tarik terkeluar suara arwah dengan jelasnya. Sampai terbayang arwah menyanyi sekali. Terubat rindu pada arwah,” komen seorang lagi netizen.
Sebelum ini isteri Shuib iaitu Watie pernah mendedahkan Dekta menyuarakan hasratnya untuk ke kelas vokal pada tahun hadapan kerana ingin lebih serius dalam bidang nyanyian.
Malah dia turut menyimpan angan-angan untuk bertanding dalam rancangan America’s Got Talent. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source