Batu marmar zikir mercu tanda baharu Gua Musang
GUA MUSANG – Arca batu marmar bertulisan zikir dan potongan ayat al-Quran yang diletakkan di Persimpangan Bendahara, Bandar Gua Musang di sini menjadi mercu tanda baharu di daerah ini.
Ketua Jajahan Gua Musang, Nik Raisnan Daud berkata, sebanyak 10 batu marmar asli bermutu tinggi seberat 100 tan dari Kampung Star di sini telah digunakan sebagai monumen untuk mengindahkan bandar Gua Musang selain menggalakkan pengguna jalan raya berzikir ketika melalui laluan berkenaan.
“Idea itu tercetus kerana kita ingin memberi pendedahan dan mempromosikan kepada orang ramai bahawa di daerah Gua Musang ini mempunyai batu marmar bermutu tinggi.
“Jadi, kita ingin mengabadikan khazanah itu selain penggunaan bahan sekali gus menjadi mercu tanda baharu Bandar Gua Musang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Nik Raisnan memberitahu, pembinaan 10 arca batu marmar itu dilakukan secara bergotong-royong dengan pihak syarikat pengeluar batu marmar, Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta proses membinanya mengambil masa tiga bulan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source