Anggap Tiada Apa-Apa, Jari Bertukar Hitam Lepas Tercucuk Bahagian Tajam Udang – “Kena Operate, 2 Hari Di ICU”
Baru-baru ini, seorang individu bernama Sufi Firdausi berkongsi tentang pengalaman buruknya selepas pergi ke pasar untuk membeli udang.
Katanya, ketika hendak mencuci dan membersihkan udang yang dibeli, jarinya tercucuk pada bahagian tajam berkali-kali namun dia tidak terlalu memikirkan tentang itu kerana beranggapan ia perkara biasa.
Bagaimanapun, sehari kemudian dia terkejut apabila jari yang tercucuk itu sudah bertukar warna hitam dan pada masa sama dia juga mengalami demam.
Dia kemudian pergi ke klinik swasta sebelum dinasihatkan untuk ke hospital dengan kadar segera di mana dia menjalani pembedahan dan terlantar di hospital selama 7 hari dan 2 hari pula di unit rawatan rapi (ICU).
Saya di maklumkan terkena serangan bakteria hidup pemakan. Doktor cakap kalau terlambat satu hari, saya mungkin kehilangan lengan. Bakteria tersebut sudah menjalar sampai ke ketiak dan melarat ke bahagian tubuh saya yang lain.
Mohon maklumkan keluarga agar berhati-hati saat membersihkan udang mentah atau makanan laut.
Mohon semua beringat ya. Gara-gara tercucuk udang mentah yang di beli dari pasar. Waktu mencuci dan membersihkan udang, saya tercucuk berkali-kali dan fikir tiada apa-apa. Selepas sehari, jari saya menjadi hitam dan mengalami demam ringan. Pergi ke klinik 24 jam dan di… pic.twitter.com/exuBHuKIZ1
— | (@rabbaniahmad_) December 23, 2024
Hantaran itu meraih perhatian ramai di mana sesetengah individu turut berkongsi cerita yang sama dilalui ahli keluarga mereka dan ada yang mencadangkan beberapa langkah selamat sebelum membersihkan udang atau makanan laut.
Yang penting kena berhati-hati terhadap apa sahaja luka sama ada kecil atau besar. Kadang-kadang kita tak pedulikan sangat dengan luka-luka kecil.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source