Nahas pesawat Azerbaijan Airlines: Tiada rakyat Malaysia terlibat
PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden nahas pesawat milik Azerbaijan Airlines yang membawa 67 penumpang, terhempas berhampiran bandar Aktau di Kazakhstan, hari ini.
Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan,
mana-mana warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan atau maklumat lanjut boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Astana di alamat: 26 Sarayshyk Street, Diplomatic District, 010000 Astana, Kazakhstan
Nombor telefon: +7 (7172) 79 06 90 / +7 (7172) 79 06 95 / +7 777 079 0014 (Emel:[email protected])
Pada masa sama, Kementerian Luar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terkorban dan diberi kesembuhan segera kepada mereka yang cedera.
“Pihak kementerian akan memantau situasi dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu, memetik laporan berita antarabangsa Reuters, pesawat yang dalam penerbangan dari Baku, Azerbaijan ke Grozny, Russia dilaporkan terbakar semasa jatuh berhampiran bandar Aktau.
Menurut Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan, laporan awal menunjukkan terdapat 25 penumpang terselamat, dengan 22 daripadanya dibawa ke hospital.
Punca nahas tersebut masih belum diketahui.
Bagaimanapun, agensi berita Russia melaporkan, pesawat Embraer 190, dengan nombor penerbangan J2-8243, tersebut diarah ke laluan alternatif akibat kabus tebal di Grozny.
Badan pemerhati penerbangan Russia berkata, maklumat awal mendapati juruterbang memutuskan untuk membuat pendaratan kecemasan selepas pelanggaran burung.
Pihak berkuasa di Kazakhstan memaklumkan sedang menyiasat beberapa kemungkinan punca nahas, termasuk masalah teknikal, menurut agensi berita Interfax Russia. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source