[VIDEO] ‘Anak terpaksa pakai kasut sekolah, ibu tak ada bajet’
PETALING JAYA – “Anak-anak terpaksa pakai kasut sekolah sebab ibu dah tak ada bajet,” demikian kata Norhaziantie Zailani, 34, sewaktu menghadiri sebuah rancangan televisyen bersama keluarganya.
Menerusi hantaran video pada TikTok, wanita itu bersama suami serta tiga anak saudara yang dipeliharanya berserta tiga anak kandung dijemput untuk wawancara bagi program rancangan pagi.
“Pengalaman yang terindah dapat jemputan ke MHI TV3. Walaupun kita semua pakai baju yang ada je, anak-anak terpaksa pakai kasut sekolah sebab ibu dah tak ada bajet nak beli kasut lain.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudah,” katanya pada hantaran tersebut.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai, bahkan ada juga yang memfokuskan kepada kereta Perodua Axia dinaiki mereka sekeluarga.
“Enam orang anak sumbat Axia. Anak-anak naik tanpa merungut, anak-anakku bergaduh sempit baru tiga orang. Nikmat dunia kita hanya perlu bersyukur,” komen seorang pengguna TikTok.
“Anak saya seorang merungut naik kereta besar. Dah ku ceramah, diam mata terkebil-kebil,” kata individu lain.
“Bersyukur sentiasa. Saya masa kecil pun bersumbat lapan orang dalam kereta Kancil. Mak abah dan anak enam orang, tu pun dah ‘happy’ sebab ada kereta,” ujar individu lain.
Kisah Norhaziantie yang mengambil tanggungjawab menjaga tiga anak buah selepas kematian arwah abangnya serta kakak ipar dalam kemalangan, pernah tular pada tahun lalu selain mendapat liputan media.
Abangnya, Mohamad Shafiq Zailani dan isteri, Faieznoor Mansor serta bayi mereka berusia 10 bulan meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 200 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) pada 19 November 2022.
Berikutan itu, Norhaziantie dengan persetujuan suami, Khairul Haznizam Roslan, 38, memelihara tiga anak buah mereka iaitu Mohamad Danish Uqasha, 11, Dhia Medina, 7, serta Damiaa Melissa, 4. Pasangan itu juga dikurniakan tiga anak. – KOSMO! ONLINE
@norhaziantie90 Pengalaman yang begitu berharga dan kenangan terindah buat kami sekeluarga bila dijemput ke @MALAYSIA HARI INI TV3 Terima kasih kepada semua yang terlibat dan layanan yang istimewa buat kami disana seperti keluarga 🥺 Terima kasih semua 🥹🫶 #mhi #mhitv3 #malaysiahariini #studiotv #sripentastv3 #majalahpama ♬ Damailah Cinta (Aku Merindukanmu) – Raffa Affar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source