Bapa didakwa lilit leher, lambung dua anak
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Mesir didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melilit leher anak lelakinya dengan kabel telefon dan melambung anak perempuannya ke atas katil, minggu lalu.
Bagaimanapun tertuduh yang berusia 37 tahun mengaku tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap anak lelakinya berusia empat tahun dua bulan manakala anak perempuanya berumur setahun enam bulan sehingga menyebabkan kecederaan kepada kedua-dua mangsa.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik sewa di Jalan Maarof Bangsar di sini pukul 8.30 pagi pada 17 Disember lalu yang didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Joshua Tee Yee Khuan tidak mencadangkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim Siti Aminah kemudian menetapkan 20 Januari untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source