“Saya Akan Sentiasa Rindukan ‘Bau’ Keluarga…” – Farid Kamil Tak Berhenti Doa Agar Keluarga Kembali Bahagia
Pelakon, Farid Kamil tidak dapat menyembunyikan rasa rindunya terhadap isterinya, Diana Danielle dan dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Farid akui dia kini sedang diuji namun dia tetap mencuba untuk terus bersabar dengan mengamalkan terapi istighfar dan doa.
Farid berkongsi bahawa kenangannya bersama keluarga adalah perkara yang amat dia rindui.
Menurut Oh!Media, dia berkata, baginya ‘bau’ keluarga itu sesuatu yang amat istimewa.
Satu perkara yang saya akan sentiasa rindukan adalah ‘bau’ keluarga itu. Kenangan bersama anak-anak dan isteri. Mungkin percutian bersama keluarga juga.
Itu perkara yang saya rindu. Setiap kali terbit perasaan rindu, saya memperbanyak istighfar. Bila istighfar, insya-Allah hati akan rasa tenang dalam apa jua keadaan.
Dia turut berkata dia tidak berhenti berdoa agar suatu hari nanti keluarganya akan kembali bahagia seperti dahulu.
Farid turut menambah, hubungannya bersama isteri masih dalam keadaan sama dan sudah lama tidak bertentang mata. Namun, dia sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri demi masa depan keluarga.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source