Barang Rumah Bakal Dilelong, DSV Reda & Yakin Di Pihak Benar
Usahawan sensasi Datuk Seri Vida tampil mempertahan diri serta menjelaskan hal sebenar mengenai isu tuntutan hutang oleh sebuah syarikat kontraktor sebelum ini.
Memetik mStar Online, Vida berkata dia sudah membayar sebanyak RM3.5 juta kepada syarikat berkenaan untuk projek renovasi sebuah kilang untuk dijadikan studio.
“Semua tak tahu apa sebenarnya terjadi. Saya minta dia siapkan studio dalam masa tiga bulan dan sudah pun bayar sepenuhnya.
“Dia minta extra kalau nak cepat, saya bayar penuh sebanyak RM3.5 juta. Bila dapat duit, dia hilang selama tiga buland an tak tahu kemana.
“Saya hanya deal dengan orang bawahan. Apa spesifikasi yang saya minta, tak dapat. Tandas tiada, elektrik pun tiada,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai acara lelongan barangan rumahnya, Vida berkata ia ditunda buat sementara waktu dan yakin bahawa dia dipihak yang benar.
“Saya reda dan saya yakin di pihak yang benar. Ada ujian yang dilalui kerana Tuhan nak bagi ganjaran. Saya dah buat macam-macam usaha, InsyaAllah sekarang saya tawakal,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source