Pemuda hilang 13 hari ‘demand’ RM449,000 selepas diselamatkan
CANBERRA – Seorang pendaki yang diselamatkan selepas 13 hari hilang di sebuah kawasan pergunungan di Australia mengenakan bayaran AS$100,000 (RM449,426) untuk menceritakan pengalamannya, lapor portal berita Mail Online.
Hadi Nazari, 23, ditemukan masih hidup semalam selepas hilang di Taman Negara Kosciuszko dalam negeri New South Wales pada 26 Disember lalu.
Nazari ditemukan oleh pendaki lain selepas ‘pencarian meluas’ selama 13 hari membabitkan lebih 400 orang termasuk polis, helikopter dan sukarelawan.
Media tempatan mula ‘berkampung’ di luar Hospital Cooma untuk mengetahui bagaimana Nazari boleh bertahan begitu lama dengan sumber makanan yang terhad.
Namun, dia enggan bercakap secara terbuka tentang pengalaman pahit dan keajaibannya.
Seorang sukarelawan Perkhidmatan Kecemasan Negeri berkata, Nazari mahu menjual kisahnya kepada pembida tertinggi.
“Dia mahu menggunakan wang untuk membayar yuran universitinya dan berharap mendapat AS$100,000,” katanya.
Nazari turut meminta polis menyampaikan kenyataan ringkas kepada orang ramai, selain mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source