Wakil EPL pertama diaib kelab bawahan
BRENTFORD – Brentford mengalami kekalahan memalukan apabila tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas 0-1 kepada pasukan tangga tercorot Liga Kejuaraan, Plymouth Argyle pada pusingan ketiga di Stadium Komuniti Gtech semalam.
Meskipun menguasai sepenuhnya permainan, namun wakil Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terpaksa akur gagal meneruskan kemaraan selepas pelawat meledak gol kemenangan menerusi Morgan Whittaker pada minit ke-82.
Pengurus Brentford, Thomas Frank menyuarakan rasa kecewa dengan keputusan itu dan menganggap ia berpunca daripada kegagalan pemain-pemain, terutamanya di bahagian serangan untuk memanfaatkan peluang terhidang.
“Bagi saya, ini adalah keputusan dan prestasi cukup mengecewakan. Saya tahu mana-mana pasukan akan kalah, tetapi kekalahan seperti ini sukar untuk diterima kerana kami bermain cukup hambar.
“Ini bukanlah permainan sebenar kami. Bagaimanapun, tahniah kepada Plymouth dan mereka layak untuk menang. Memang benar kami menguasai permainan tetapi tidak ada guna jika tumpul di bahagian depan,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menganggap struktur pertahanan yang diterapkan Plymouth pada perlawanan tersebut menjadi salah satu punca penyerang-penyerangnya berdepan kesukaran untuk menjaringkan gol.
“Cara Plymouth bertahan dengan struktur dan karakter menyebabkan kami sukar untuk jaringkan gol. Ditambah pula dengan aksi hambar daripada kami, memang ia satu kombinasi yang buruk untuk Brentford,” ujar Frank. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source