‘Jangan mungkiri gencatan senjata di Gaza’
PETALING JAYA – Pengumuman gencatan senjata di Semenanjung Gaza, Palestin turut memberi kegembiraan kepada rakyat Malaysia apabila masing-masing meluahkan kesyukuran atas berita tersebut.
Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata pengguna media sosial tidak putus-putus mengucapkan kesyukuran kepada Allah sekali gus berharap sinar baharu kepada rakyat Palestin di Gaza.
“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, gencatan senjata diumumkan di Gaza,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman pada hantaran Facebook.
“Alhamdulillah, akhirnya gugur ego mereka dengan hebatnya kuasa Allah SWT,” kata Zainal Al Ghazali.
“Allahuakbar, alhamdulillah, semoga gencatan senjata terus kekal di Gaza,” doa Nurul Liyana.
“Moga menjadi, jangan dimungkiri gencatan senjata itu,” komen Siti Fatimah Mohammad.
Media antarabangsa melaporkan, Perdana Menteri Qatar, Mohammed Al Thani mengumumkan persetujuan gencatan senjata antara Israel dan Hamas susulan laporan awal mengenainya oleh bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Mohammed Al Thani juga mengesahkan pembebasan 33 tebusan Israel semasa fasa pertama gencatan senjata Gaza.
Gencatan senjata itu merupakan langkah pertama ke arah kestabilan yang berkekalan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source