Amira Othman Dedah Tak Jadi Kahwin, Reda Hubungan Putus Tengah Jalan
Penyanyi Amira Othman mendedahkan dia hampir berkahwin dan menamatkan zaman bujang namun hubungan putus di tengah jalan.
Memetik Oh Bulan, Amira berkata dia reda dengan apa yang berlaku namun dia memilih untuk tidak berkongsikan perkara itu kerana menjaga hubungan baik serta enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.
“Walaupun hubungan itu sudah terlerai tetapi kami berdua masih menjaga hubungan baik. Siapa lelaki itu biarlah menjadi rahsia.
“Saya yakin, walaupun sudah merancang untuk ke fasa halal tetapi tidak menjadi, saya hanya fikir yang baik-baik sahaja. Saya reda dan tak mahu ingat lagi tentang itu.
“Allah Maha Mengetahui yang terbaik, walaupun hari itu saya putus tetapi esoknya kembali kuat, saya kembali bekerja seperti biasa,” katanya.
Sementara itu, Amira berkata meskipun hubungan mereka tidak menjadi bukan bermakna mereka perlu bermusuh.
“Saya membiarkan proses ‘healing’ itu berlaku dan berlalu dengan sendiri. Cukup lah mak, ayah dan keluarga sahaja yang tahu.
“Saya tak mahu gaduh dengan sesiapa, walaupun hubungan tidak menjadi bukan alasan untuk kami bermusuh. Tiada apa nak digaduhkan,” katanya.
SUMBER: Oh Bulan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source