Pulau Pinang nafi akan naikkan fi hotel sehingga 50 peratus
GEORGE TOWN : Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hari ini menafikan bahawa fi hotel di negeri itu akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.
Katanya, walaupun hasil kutipan fi hotel adalah tidak mencukupi untuk melaksanakan kerja-kerja promosi serta baik pulih infrastruktur berkaitan pelancongan, namun, kerajaan negeri tetap memilih untuk tidak menaikan bayaran itu ketika ini.
“Kita memang tidak ada rancangan untuk menaikkan fi bagi penginapan hotel. Bukan sekarang (berlaku kenaikan itu). Perkara ini tidak pernah dibincangkan pun sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pos Shop Datuk Keramat oleh Pos Malaysia Berhad di sini, hari ini.
Sebelum ini, sebuah portal dalam laporannya mendakwa, Pulau Pinang sedang mempertimbangkan untuk menaikkan fi hotel, iaitu sejenis cukai yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap penginapan di hotel, sebanyak sekurang-kurangnya 50 peratus.
Pada masa ini, pelawat yang menginap di hotel bertaraf empat bintang dan ke atas dikenakan cukai sebanyak RM3 semalam, manakala mereka yang menginap di hotel bertaraf tiga bintang dan ke bawah dikenakan cukai RM2.
Terdahulu, iaitu ketika sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada bulan Mei lalu, dinyatakan bahawa sejumlah RM72 juta telah dikutip iaitu sehingga April 2024 daripada caj fi hotel sejak ia diperkenalkan pada tahun 2014.
Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, proses baik pulih beberapa lokasi pelancongan dan pembinaan infrastruktur baharu untuk pelancong juga hampir semuanya menggunakan hasil negeri dan bukannya hasil daripada fi hotel.
“Sebagai contoh, projek baik pulih Fort Cornwallis. Ia memerlukan peruntukan antara RM15 hingga RM20 juta. Selain itu, Projek Gurney Bay pula menelan kos sebanyak RM220 juta.
“Semua kos ini dibiayai oleh kerajaan negeri dan bukannya menggunakan fi hotel kerana fi yang dikutip itu sebenarnya tidak mempunyai jumlah yang besar pun,” katanya.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source