Belum Terlambat! Jom Sertai KLAS Renang, Inisiatif KBS Cegah Lemas
Pada mula Min dengar inisiatif dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini, Min terus terfikir, fuh bagus juga idea ni, sangat out of box. Jarang-jarang berlaku.
Selalunya kita dengar kalau nak belajar kelas renang ni mesti kena daftar kelas luar dan hire mana-mana pengajar untuk ajar renang, betul tak? Untuk golongan yang mampu okaylah belanja duit untuk belajar kelas renang, tapi untuk yang kurang bernasib baik ni, inisiatif seperti inilah yang mampu membantu mereka.
Khas Untuk Keluarga B40
Program Kemahiran Latihan Asas Sukan, Renang (KLAS Renang) ini diwujudkan kepada keluarga B40 terutamanya kanak-kanak berumur 6 hingga 12 Tahun, kanak-kanak dan remaja OKU berumur 6 hingga 15 tahun dan warga emas berumur 60 hingga 75 Tahun. Wah, bagus betul!
Kelas renang yang turut lebih memberi lebih fokus kepada warga emas ini bagi membolehkan golongan itu kekal cergas dan aktif selain mempelajari kemahiran baharu bagi mereka. Jangan ingat tua-tua ni tak boleh belajar berenang tau. Umur bukan penghalang!
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pernah menjelaskan bahawa program KLAS ini diberikan kepada warga emas yang tinggal di kawasan mudah terjejas akibat banjir.
Tambah beliau, kelas renang diteruskan untuk tahun 2024 dan hotspot (tumpuan) lokasi, daerah mana, terpulang kepada satu laporan polis, di mana polis akan memberitahu hotspot di daerah yang banyak kes lemas.
Fasiliti kolam renang di sesebuah daerah turut dilihat sama ada perlu atau tidak untuk bekerjasama dengan Maswim (Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia) bagi memudahkan prpgram ini dijalankan. Sekiranya sesebuah daerah itu yang tidak ada kolam renang, Maswim akan bawa kolam renang mudah alih mereka untuk memudahkan KLAS Renang diadakan.
Berterima kasih
Rata-rata peserta yang menyertai KLAS Renang ini terutamanya warga emas amat berterima kasih kepada Menteri Hannah Yeoh yang merealisasikan impian untuk mempelajari kaedah dan kemahiran berenang sekali gus mampu menyelamatkan diri dalam keadaan yang diperlukan.
Inisiatif yang telah pun dilancarkan pada Mei 2023 ini menyasarkan penyertaan seramai 8,880 orang dalam kalangan kalangan peserta kanak-kanak, OKU dan juga warga emas selepas penglibatan peserta seramai 6,646 orang di seluruh negara pada 2023.
Semoga usaha ini dapat memperkasakan lagi hasrat KBS di dalam membudaya dan merakyatkan sukan selaras dengan aspirasi di bawah Visi Sukan Negara 2030 (VSN 2030) dan kerangka Malaysia MADANI.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source