Pegawai kerajaan perlu kerap buat lawatan mengejut
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan semua pegawai kerajaan supaya mengurangkan lawatan bersifat berkala, namun memperbanyakkan lagi lawatan yang dibuat secara mengejut.
Beliau berkata, lawatan kerja tanpa persediaan membolehkan mereka untuk mengenal pasti perkara atau masalah sebenar yang berlaku.
“Semalam (Ahad) saya sempat membuat lawatan mengejut di CIQ (Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin) Bangunan Sultan Iskandar yang menjadi platform kepada 350,000 pergerakan sehari melibatkan kedua-dua negara.
“Ada perkara yang saya puji dan ada perkara yang saya nampak memerlukan penambahbaikan khususnya untuk memartabatkan kebajikan kakitangan dan proses kerja di CIQ tersebut. jadi buat lah lawatan secara mengejut kerana di situ kita akan jumpa banyak perkara yang perlu dan boleh ditambah baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2025 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Shamsul Azri turut meminta supaya kementerian dan agensi berkaitan untuk memantau kebajikan para pegawai dan kakitangan mereka yang bertugas di kompleks CIQ terutamanya yang menjaga perkhidmatan kaunter.
Dalam perkembangan lain, beliau turut menyentuh mengenai pelaksanaan inisiatif digital negara iaitu MyDigital ID yang disifatkannya sebagai perlahan dan tidak memuaskan.
“Projek pembangunan dan digitalisasi mesti dipercepatkan pelaksanaannya, sebagai contoh pendaftaran MyDigital ID masih di peringkat tidak memuaskan dan perlu dipertingkatkan pemahaman serta pendaftaran penjawat awam serta rakyat,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source