Tayar lori terpelanting, kena lelaki tepi jalan
YAN – Seorang lelaki mengalami kecederaan pada kaki akibat terkena tayar lori yang tercabut dalam kejadian di Simpang Kuala Sungai Daun, di sini hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Yan, Asisten Superintendan Musa Rabien berkata, mangsa berusia 45 tahun dihantar ke Hospital Yan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani untuk rawatan lanjut.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 1 tengah hari tadi ketika mangsa berdiri di belakang kereta Proton Iswara miliknya yang diletakkan di bahu jalan.
“Dalam masa sama sebuah lori jenis Hino yang membawa muatan sekam padi dari arah Batas Paip ke Yan melalui kawasan itu sebelum satu tayar belakang sebelah kiri lori itu tercabut dan bergolek ke arah mangsa,” katanya di sini hari ini.
Katanya, mangsa tidak sempat mengelak kerana jarak yang dekat lalu terkena pada bahagian kakinya.
“Mangsa diberi bantuan oleh pengguna jalan raya dan dihantar ke Hospital Yan untuk mendapatkan rawatan.
“Pemandu lori berusia 50 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan untuk dirakam keterangan bersama lorinya untuk pemeriksaan lanjut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source