Dua tentera palsukan elaun pelatih direman enam hari
MELAKA – Dua anggota tentera berpangkat koperal dan sarjan direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas dipercayai mengemukakan butir matan palsu tuntutan elaun pelatih berjumlah RM25,733.59, dua tahun lalu.
Perintah reman sehingga 26 Januari ini dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam terhadap dua suspek lelaki masing-masing berusia 31 dan 42 tahun itu.
Suspek memakai pakaian lokap berwarna jingga tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 8.50 pagi tadi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kedua-dua lelaki itu ditahan pukul 5.20 petang semalam selepas hadir ke pejabat SPRM Melaka untuk memberi keterangan.
Menurut sumber, kedua-dua suspek disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu berkaitan tuntutan elaun latihan kem tahunan siri 3/2023 di sebuah kem di Muar, Johor berjumlah RM25,733.59 walaupun terdapat anggota yang tidak menghadiri latihan tersebut.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai butir matan palsu atau RM10,000, mana lebih tinggi. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source