Bukan Kekasih Imaginasi, Johan As’ari Betul-Betul Nak Kahwin Tahun Ini
Umum mengetahui sebelum ini pelakon Johan As’ari berharap dapat menamatkan zaman bujang tahun ini selepas sembulan tahun menjalin hubungan jarak jauh dengan wanita yang dikenali sebagai ‘N’.
Bagaimanapun, sehingga kini Johan tidak pernah mendedahkan wajah atau identiti kekasihnya sehingga ada yang menganggap dia hanya berimaginasi.
BACA: Johan As’ari Bakal Nikah Usahawan Harumanis Miliki PhD
Memetik mStar Online, Johan menegaskan kekasihnya itu benar-benar wujud serta menerima secara terbuka tentang pandangan orang ramai mengenai perkara itu.
“Biarlah apa orang nak cakap tentang saya. Saya hanya harap mereka fikir baik-baik sahaja. Saya tidak berimaginasi dan bukan seperti digambarkan. Cuma saya tidak selesa untuk kongsikan perkara yang belum terjadi,” katanya.
Difahamkan, baru-baru ini Johan sekali lagi meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan wanita berasal dari Perlis itu namun ramai beranggapan aktor itu sekadar cakap kosong.
Bagaimanapun, Johan berkata dia tidak mahu pengalaman sebelum ini berulang jika dia terlalu kerap berkongsi kisah peribadi kepada umum.
“Pengalaman mendewasakan kita. Sebelum ini dah banyak kisah saya nak kawhin dengan wanita lain, namun semuanya tidak menjadi. Saya cemburu melihat rakan-rakan lain bahagia”
“Sebab itu kali ini saya ambil pendekatan merahsiakan.Saya bimbang jika hubungan ini tidak menjadi akan memberi kesan kepada dia.
“Harapan saya tahun ini memang mahu menamatkan zaman bujang. Cuma bukanlah dalam masa terdekat. Jika sudah tiba masanya nanti saya akan kongsi,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source