Mondy diperintah bayar RM20,000 kepada Ebit Lew
PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen Shah Alam memerintahkan pempengaruh Indonesia Mondy Tattoo membayar RM20,000 kepada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew sebagai ganti rugi kerana menfitnah pendakwah itu merogolnya.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ebit hari ini selepas mahkamah memutuskan perkara berkenaan.
“Alhamdulillah syukur pada Allah saya menang saman pada Mondy atau Dita Restu dan beliau diminta membayar RM20,000 kepada saya,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Dalam masa sama, Ebit turut berkongsi tangkap layar writ saman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Berdasarkan dokumen itu, Mondy diperintah membayar ganti rugi am sebanyak RM20,000 berserta faedah sebanyak 5 peratus setahun bermula daripada tarikh pemfailan writ saman sehingga tarikh penyelesaian penuh kes.
Mengulas lanjut, Ebit berkata, samannya terhadap Caprice yang menyiarkan ‘podcast’ (audio siar) berkaitan dakwaan terbabit akan berlangsung pada Mei depan.
Sebelum ini, Mondy membuat laporan polis berhubung gangguan seksual ke atas dirinya oleh pendakwah terbabit.
Ebit juga membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya serta satu lagi laporan penafian kes gangguan seksual.
Pada 6 Jun tahun lalu, Ebit dilaporkan tidak akan didakwa atas tuduhan merogol Mondy selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes tersebut (no further action).
Pada 26 September 2023, Ebit memfailkan saman fitnah terhadap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dan Mondy atau nama sebenarnya, Dita Restu Amanda.
Menurut penyataan tuntutan yang difailkan, Ebit selaku plaintif memberitahu beliau mula mengenali Mondy yang memperkenalkan dirinya sebagai ibu tunggal dan gelandangan ketika menjalankan aktiviti kemanusiaan di Jakarta, Indonesia pada 7 Jun 2023. – KOSMO! ONLNE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source