Dua pemandu lori maut
PETALING JAYA: Dua pemandu lori maut dalam kemalangan di dua lokasi berasingan di daerah ini semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 2.30 petang di sebuah tapak pembinaan bangunan di sini, membabitkan sebuah lori tipper dan lori simen.
Katanya, dalam kejadian tersebut, seorang lelaki warga asing berusia 23 tahun yang memandu lori simen maut di lokasi kejadian selepas dihempap lori tipper yang hilang kawalan ketika sedang menurunkan muatan.
Manakala insiden kedua pula, katanya, berlaku sekitar pukul 10.30 malam di kawasan perindustrian Balakong, membabitkan sebuah treler yang dipandu lelaki warga tempatan berusia 47 tahun.
“Pemandu treler itu maut selepas tersepit di antara lorinya dan dinding kilang.
“Mangsa dipercayai keluar dari lori untuk memindahkan barang sebelum kenderaan tersebut tiba-tiba mengundur ke belakang,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Naazron, kedua-dua insiden berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, pihak polis mengingatkan semua pengguna jalan raya, khususnya pemandu kenderaan berat agar lebih berhemah dan sentiasa berhati-hati ketika memandu dan mengendalikan kenderaan, tidak kira di mana sahaja. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source