Rashford makin hampir sertai Barcelona
MANCHESTER – Wakil kepada Marcus Rashford dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Barcelona di Lisbon, Portugal ketika aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menyaksikan gergasi Sepanyol itu menewaskan Benfica 5-4 kelmarin.
Difahamkan, Rashford lebih cenderung untuk menyertai Barcelona sekiranya dia meninggalkan Old Trafford dalam jendela perpindahan bulan ini.
Penyerang buangan Manchester United itu dikatakan turut menerima beberapa tawaran lain antaranya dua pasukan Perancis, AS Monaco dan Marseille; jaguh Itali, AC Milan serta kelab Jerman, Borussia Dortmund.
Begitupun, Rashford, 27, lebih berminat menyarung jersi The Catalans disebabkan situasi kelab itu dilihat lebih berpeluang memenangi trofi seperti La Liga ataupun UCL musim ini.
Bagaimanapun, ia tidak mudah kerana Barcelona perlu melepaskan pemainnya terlebih dahulu seperti Ansu Fati dan Eric Garcia bagi membuka ruang buat mereka mendaftar bintang antarabangsa England itu.
“Kami sedang menangani isu (kewangan) dan kami akan cuba memperkuatkan pasukan dalam tempoh beberapa hari ini. Namun, buat masa ini masih tiada apa-apa.
“Keutamaan sekarang lebih kepada melanjutkan kontrak pemain-pemain utama dan kemudian barulah boleh fokus kepada satu atau dua penambahan baharu.
“Jurulatih (Hansi Flick) gembira dengan pasukan sedia ada dan sebarang keputusan mengenai masa depan akan diputuskan nanti,” kata Pengarah Sukan Barcelona, Deco. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source