‘Jangan bimbang, abang sayang ayah, emak’
ALOR SETAR – “Arwah anak, Lim (Muhammad Muslim) datang dalam mimpi, dia minta jangan bimbang dan sebut abang sayang ayah dan emak”.
Menurut Mohd. Zaini Hashim, 63, perkara itu diceritakan anak bongsunya, Naela Kasniza, 15, yang bermimpikan arwah abangnya pada semalam
“Kami sekeluarga sedih bila dengar cerita itu, mungkin arwah nak beritahu yang dia sayangkan saya dan ibu tirinya, Siti Ramnah Samsuri, 43, kerana mereka sangat rapat,” katanya di sini hari ini.
Katanya, ketika ini dia berharap agar jenazah Muhammad Muslim dapat dituntut dalam masa terdekat untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid As-Salam di Tambak Bunga, Kuala Kedah.
“Kami perlu tunggu keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan mayat itu benar-benar anak saya.
“Doa saya adalah agar kami dapat bawa pulang jenazah Lim dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Kami cadang nak kebumikan arwah dekat kubur neneknya, Mahtom Abu, 70-an,” ujarnya.
Jelasnya, anaknya itu juga rapat dengan arwah neneknya yang meninggal dunia akibat penyakit kencing manis pada tahun lalu.
“Lim tinggal dengan neneknya di Tambak Bunga sebelum menetap dengan bapa angkatnya, (Ibrahim Mydin, 61),” ujarnya.
Katanya, Muhammad Muslim adalah anak ketujuh daripada lapan beradik, hasil perkahwinan ketiga bersama arwah ibunya yang merupakan warga Thailand.
“Anak saya seorang yang baik dan rajin, kami sekeluarga sangat merinduinya,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source