“Tertekan Bila Orang Gelar Saya Ustazah, Artis Contoh”
Sejak tampil berhijab beberapa bulan lalu, rata-rata netizen memuji penghijrahan pelakon Nora Danish yang kini menutup aurat dengan sempurna.
Memetik HibGlam, Nora bagaimanapun bimbang memikirkan pandangan segelintir pihak yang menganggap dirinya mulia seolah tidak akan melakukan kesilapan.
BACA: “Kalau Tak Jenuh Kena Qada Macam Mommy” – Nora Danish Ingatkan Anak Tentang Solat
“Ya agak tertekan apabila orang bagi macam-macam gelaran termasuk artis contoh. Sampai satu tahap bukan peminat sahaja tetapi rakan-rakan pun melabel saya sebagai ustazah.
“Tidak tersinggung dan saya okey cuma hanya aminkan sahaja doa tersebut. Cuma adakalanya kesilapan kecil yang saya lakukan, mereka anggap saya seperti mulia, hakikatnya tidak,” katanya.
Sementara itu, Nora mengakui bukan mudah untuk kekal istiqamah dan sering menghadiri majlis ilmu untuk mendekatkan diri dengan Allah.
“Sebenarnya saya pun baru sahaja berhijrah. Takut juga melihat rakan-rakan yang lain diberi dugaan sedemikian (buka tudung).
“Saya percaya mereka dulu pun mesti seperti saya juga bukan? Sebenarnya semua saya lakukan sekarang adalah atas rezeki yang diberikan Allah SWT.
“Saya banyak menghadiri majlis ilmu supaya dapat kuatkan lagi iman ini dan cuba lakukan yang terbaik sebab percaya Allah Maha Baik. Insya-Allah dengan usaha ini kita semua dipelihara,” katanya.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source