DeepSeek kena godam selepas malukan teknologi AS
BEIJING – Syarikat permulaan kepintaran buatan (AI) dari China, DeepSeek mengehadkan sementara pendaftaran pengguna baharu setelah mengalami ‘serangan berniat jahat (malicious) berskala besar’, hanya beberapa jam selepas mencetuskan kejatuhan mendadak dalam pasaran saham Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita EFE.
“Disebabkan serangan berniat jahat berskala besar pada perkhidmatan DeepSeek, kami mengehadkan sementara pendaftaran untuk memastikan perkhidmatan berterusan.
“Pengguna sedia ada boleh log masuk seperti biasa. Terima kasih atas pemahaman dan sokongan anda,” kata syarikat itu pada halaman statusnya.
Tambahnya, platform itu sedang menyiasat isu yang menyebabkan perkhidmatan antara muka pengaturcaraan web dan aplikasi (API) beroperasi dengan ‘prestasi yang merosot’.
Setakat ini, DeepSeek masih belum menyatakan sifat atau punca serangan tersebut.
Kemunculan model AI DeepSeek menyebabkan pasaran bursa Nasdaq New York jatuh lebih tiga peratus kelmarin, dengan syarikat gergasi teknologi, Nvidia mencatatkan kerugian 16.9 peratus.
Ia merupakan kejatuhan terbesar dalam sejarah dalam masa sehari bagi syarikat yang tersenarai di bursa saham, dengan nilai pasaran Nvidia merudum hampir AS$600 bilion (RM2.7 trilion).
Chatbot dibangunkan oleh fima yang berpangkalan di bandar Hangzhou itu mempamerkan keupayaan setara dengan chatbot yang menjadi penanda aras AI di AS.
Agensi berita AFP melaporkan, aplikasi China itu dibangunkan dengan kos jauh lebih murah berbanding pelaburan yang dibuat oleh syarikat-syarikat AS.
DeepSeek menyatakan, pihaknya membelanjakan cuma AS$5.6 juta (RM25 juta) untuk membangunkan chatbotnya.
Ia jumlah sangat kecil jika dibandingkan dengan pelaburan berbilion-bilion dolar yang dibuat oleh gergasi teknologi AS dalam bidang AI.
Presiden Donald Trump berkata, kejayaan mendadak DeepSeek seharusnya menjadi peringatan untuk sektor teknologi AS.
Tambahnya, beliau masih mengharapkan syarikat teknologi Amerika menguasai sektor AI tetapi mengakui cabaran yang dicetuskan oleh DeepSeek.
Chatbot DeepSeek kini muncul aplikasi percuma yang paling banyak dimuat turun di Apple App Store. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source