Kakitangan awam Indonesia kerja 4 hari seminggu
JAKARTA – Kementerian Badan Usaha Milik Negara Republik Indonesia secara rasmi melancarkan inisiatif bekerja empat hari seminggu kepada kakitangan kerajaan yang berminat, lapor portal berita Channel News Asia semalam.
Inisiatif itu dilancarkan berikutan kejayaan projek perintis bermula pada Jun tahun lalu.
Inisiatif dikenali sebagai Jadual Kerja Mampat itu merupakan program sukarela bagi membolehkan kakitangan kerajaan terpilih yang memenuhi keperluan bertugas selama 40 jam, bekerja hanya empat hari dalam seminggu.
Semasa program perintis itu dilaksanakan pada Jun 2024, pekerja yang mengambil bahagian mampu bertugas 40 jam seminggu sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan.
“Jadi, jika seseorang bekerja selama 40 jam dalam seminggu, mereka boleh memilih untuk bekerja empat hari pada minggu sama.
“Ia memerlukan kelulusan jika ada pekerja yang mahu mengikutinya,” kata Timbalan Menteri Pengurusan Sumber Manusia, Teknologi dan Maklumat, Tedi Bharata kepada CNN Indonesia.
Bagaimanapun, jika syarat bekerja selama 40 jam gagal dipenuhi, pekerja terpaksa bekerja lima hari seminggu.
Ketika ini ini, hanya pekerja Kementerian Badan Usaha Milik Negara yang bekerja selama empat hari seminggu. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source