Bapa Mentua Minta Along Cham Berdepan, Jadi Lelaki Sejati
Bapa mentua kepada pelawak Along Cham iaitu Suhaii Shahruddin berpendapat menantunya itu perlu jadi lelaki sejati dengan berani selesaikan isu mengenai rumah tangganya secara bersemuka.
Memetik HibGlam, bapa kepada Afreena itu juga berkata Along sepatutnya duduk semeja dengan isteriya sebelum membuat apa saja keputusan.
BACA: “Along Lebih Tahu Saya Macam Mana” – Afreena Nafi Dakwaan Curang
Menurutnya lagi, dia tidak mahu masuk campur namun melihat keadaan anaknya ketika rumah tangga bergolak menghancurkan perasaannya.
“Along patut menjadi lelaki sejati. Saya difahamkan sepanjang enam minggu dalam tahanan Afreena hanya sekali sahaja dapat berjumpa, kalau Nizamuddin (Along) dan Afreena bolehlah berbincang.
“Sebagai orang tua kami tak mahu masuk campur hal peribadi anak-anak apatah lagi tengok rumah tangga mereka nampak bahagia, hari selepas Nizamuddin dilepaskan baru saya tahu hal taklik itu,” katanya.
Kata Suhaimi lagi, anaknya tidak suka bercerita masalah dan Afreena seorang yang ceria namun susulan apa yang berlaku pada suaminya dia sering menangis
“Dia kerap menangis, namun pada masa sama sibuk mencari bantuan untuk suaminya. Sepanjang lebih sebulan makan minum pun tak menentu. Kami risau kerana pekerjaannya turut terjejas, bahkan terpaksa membatalkan beberapa tugasan di luar negara,” katanya.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source