Jihan selamat bersalin anak ketiga, pilih nama Ungku Attufayl Adl
PETALING JAYA – Ahli keluarga bertambah, pengacara Jihan Muse selamat menimang cahaya mata ketiga yang diberikan nama Ungku Attufayl Adl.
Berita gembira itu dikongsikan suaminya, Ungku Hariz Faizal yang memaklumkan Jihan atau nama lengkapnya, Nur Jihan Musa, 41, melahirkan putera mereka kelmarin.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak ketiga kami iaitu bayi lelaki yang diberi nama Ungku Attufayl Adl,” tulisnya dalam perkongsian Instagram.
Menerusi ruangan komen, Jihan menyatakan At-Tufayl adalah nama salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW dan Adl adalah salah satu nama Allah dalam Asmaul Husna.
“At-Tufayl adalah nama salah seorang sahabat baginda Rasulullah SAW dan Adl adalah salah satu nama Allah dari Asmaul Husna,” katanya.
Perkongsian Ungku Hariz mendapat perhatian peminat dan rakan artis yang mengucapkan tahniah pada pasangan terbabit
Antaranya pelakon Erra Fazira, Sharifah Amani, Mona Allen, Sharifah Shahirah serta Catriona Ross.
“Alhamdulillah. Tahniah buat Jihan dan Ungku Hariz. Moga anakanda menjadi anak yang soleh. Selamat berpantang Jihan,” kata aktres Erra Fazira.
Sebelum ini, hos Gegar Vaganza (GV) itu memaklumkan akan berehat seketika bagi membuat persiapan menyambut bayinya.
Pengacara Sherry Alhadad menggantikan tempatnya buar sementara itu pada konsert kelima GV musim 11 (GV11).
Jihan dan Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016 dan dikurniakan Ungku Arsalan Haq dan Ungku Altamis Barr. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source