Hutang Puluhan Juta, Mamat Nak Doakan Shuib Di Tanah Suci
Bakal menunaikan umrah bersama sahabatnya, Shuib Sepahtu pada Aidilfitri nanti, pelawak Mamat Sepah berkata dia mahu berdoa agar dikurniakan cahaya mata apabila di Tanah Suci.
Memetik Harian Metro, Mamat berkata dia berharap agar dikurniakan cahaya mata kembar selepas lima tahun mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nordiana Ibrahim.
BACA: Impian Shuib Bawa Mamat Tunai Umrah Akhirnya Tercapai
“Bila jejak kaki ke Tanah Suci inilah antara doa yang panjatkan. Moga Allah permudahkan usaha saya dan isteri untuk mendapatkan zuriat.
“Bukan tak boleh berdoa di sini, tapi ada tempat mustajab di Tanah Suci yang boleh berdoa. Saya harap dapat anak kembar, sebab umur saya sudah 40 tahun.
“Kalau Allah berikan saya kembar lima pun saya terima, Alhamdulillah. Saya tak takut dengan ekonomi dan masa, tetapi saya jalan sahaja dengan apa yang Allah kurniakan,” katanya.
Sementara itu, Mamat berkata dia sudah lama bersedia untuk menimang cahaya mata namun belum diberikan rezeki lagi.
Dalam pada itu, Mamat berkata apabila di Tanah Suci nanti dia mahu berdoa agar segala kesulitan dilalui Shuib dipermudahkan.
“Selain doa zuriat, saya juga mahu berdoa kehidupan saya dan Shuib berjalan lancar. Banyak sangat dugaan dilalui Shuib ketika ini.
“Dia pernah cakap kalau boleh nak tidur tahu mahu bangun sebab berhutang puluhan juta. Dia hanya budak kampung yang tiada apa-apa dan tak sangka boleh berhutang sebanyak ini,” katanya.
SUMBER: Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source