Dipukul hingga mati sebelum mayat dibungkus, disumbat dalam kolah
SUNGAI PETANI – Seorang lelaki etnik Rohingya maut dipukul di Taman Loke Poh Seng, Jalan Kampung Sungai Baru, di sini pada 28 Januari lalu selepas didakwa mencuri wang lebih RM40,000 serta barang kemas milik majikannya.
Lebih tragis mangsa berusia lewat 20-an itu turut dibungkus dengan kain cadar sebelum dimasukkan ke dalam kolah dan ditimbus tanah.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.30 malam, 28 Januari lalu daripada seorang wanita yang memaklumkan suaminya ditemui mati di dalam rumah.
Mangsa yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu bekerja sebagai tukang rumah di daerah ini dan menetap bersama majikannya di taman perumahan berkenaan sejak empat bulan lalu.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan majikan si mati menuduhnya mencuri wang tunai sebanyak RM40,150, seutas rantai emas dan sebentuk subang hidung pada 4 Januari lalu di rumah berkenaan.
Tambahnya, laporan polis berkaitan kejadian kecurian itu turut dibuat oleh pihak majikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Menurut Wan Azharuddin, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.
Jelasnya kesemua suspek yang ditahan berkaitan kes pembunuhan itu termasuklah majikan si mati serta enam lelaki etnik Rohingya akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada esok. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source