Old Trafford badi buat Man. United
MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mengakui kekalahan 0-2 pasukannya berdepan Crystal Palace di Old Trafford kelmarin adalah keputusan yang teruk.
United sebelum ini dilihat berjaya membina semula reputasi apabila meraih empat kemenangan dalam lima perlawanan terakhir, namun momentum berkenaan gagal dipertahakan apabila merekodkan kekalahan ke-11 dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Prestasi buruk ketika bertahan menghadapi set-piece pasukan lawan menyaksikan Jean-Philippe Mateta berjaya meledak dua gol pada perlawanan berkenaan.
“Keputusan ini sangat mengecewakan. Namun, dari segi persembahan saya fikir kami lebih baik berbanding aksi terakhir. Kami mengawal dengan baik transisi yang dilakukan oleh Palace. Kami bolos dua gol dalam situasi yang tidak dapat dielakkan,” kata Amorim.
Lebih malang, United berdepan kemungkinan hilang khidmat pemain pertahanan, Lisandro Martinez untuk tempoh yang panjang selepas berdepan kecederaan lutut yang agak serius pada perlawanan itu.
Dalam pada itu, pengulas bola sepak England, Julien Laurens menganggap kekalahan United pada aksi tersebut adalah berpunca daripada Amorim yang tersilap membuat percaturan.
Menurutnya, meletakkan Kobbie Mainoo sebagai penyerang tunggal tanpa memasukkan dua penggempur mereka, Rasmus Hojlund dan Joshua Zirkzee adalah keputusan mengarut dilakukan pengurus dari Portugal itu.
“Pemilihan dan taktik yang dilakukan Amorim kali ini sangat tidak masuk akal. Beliau perlu bertanggungjawab dengan kekalahan ini,” jelasnya. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source