Persiapan LIMA ’25 sudah capai 80 peratus
KUALA LUMPUR – Persiapan bagi penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25) yang dijadualkan berlangsung 20 hingga 24 Mei depan sudah mencapai 80 peratus.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar berkata, pameran pertahanan antarabangsa itu dijangka membawa sebuah kelainan baharu berbanding penganjuran sebelum ini.
“Sebanyak 96 peratus jualan reruai dapat kita penuhi. Kita menjanjikan sesuatu yang jauh lebih baik daripada sebelum ini. Insya-Allah,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Mula Tugas dan Ucaptama Panglima Angkatan Tentera ke-23 di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.
LIMA tahun ini bertemakan ‘Innovate Today, Thrive Tomorrow’ yang merupakan anjuran bersama antara Kementerian Pertahanan dan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd (GEC) dalam mengetengahkan kepentingan pemain-pemain industri untuk sentiasa berinovasi serta meningkatkan daya saing, seiring dengan perkembangan teknologi.
LIMA yang merupakan satu daripada pameran terbesar industri maritim dan aeroangkasa di Asia Tenggara, diadakan buat kali pertama pada 1991. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source