Kadar Elektrik Kekal, Korang Kekal Tenang – Apa Yang Perlu Tahu?
Harga elektrik memang selalu jadi topik panas, kan? Tapi sebenarnya tak susah pun nak faham.
Berdasarkan artikel dari Kosmo bertarikh 20 Disember 2024, kerajaan telah memutuskan untuk mengekalkan kadar harga elektrik semasa sehingga Jun 2025. Maksudnya, tak ada kenaikan untuk pengguna domestik kat Semenanjung.
Keputusan ni dibuat untuk jaga kebajikan rakyat dan kurangkan tekanan kos sara hidup. Jadi, korang tak payah risau bil elektrik naik dalam masa terdekat!
Jom kita bongkar semua info penting ini, santai tapi padat!
Macam Mana Tarif Elektrik Ditentukan?
Di Malaysia, tarif elektrik ditentukan berdasarkan sistem IBR (Incentive-Based Regulation). Kalau nak faham lebih jelas, ada dua perkara utama yang korang kena tahu:
1. Tarif Asas
Ini adalah kos asas untuk menghasilkan dan menghantar elektrik ke rumah korang. Kos ni dikira setiap 3 tahun berdasarkan anggaran kos semasa seperti harga bahan api, penyelenggaraan, dan permintaan tenaga.
Sebenarnya, sejak 2014, kadar tarif asas ni tak pernah berubah.
2. Pelarasan ICPT (Imbalance Cost Pass-Through)
Setiap 6 bulan, kerajaan akan semak kos sebenar, terutamanya harga bahan api seperti gas dan arang batu. Kalau ada perubahan, pelarasan ICPT dibuat untuk memastikan kos elektrik kekal adil untuk rakyat.
Kalau nak bandingkan dengan 2020, bila kita mula tengok kadar elektrik kat negara ASEAN, kebanyakan negara ASEAN dah naikkan harga elektrik diorang dalam tahun 2024.
Kenaikan paling gempak kat Singapura (+80%), Kemboja (+50%), dan Filipina (+40%). Semua ni sebab harga barang naik, inflasi, dan masalah dalam/luar negara yang berbeza-beza ikut tempat.
Tapi ada juga negara yang steady, dengan kenaikan tak lebih 10%, macam Myanmar, Malaysia, Laos, dan Indonesia. Korang boleh rujuk infografik di bawah ini.
Amacam? Dah boleh nampak jelas kan sekarang? Okay sekarang jom kita baca lagi supaya korang akan lebih faham dengan info yang akan kami cuba sampaikan ini.
Apa Itu Tarif Asas?
Tarif asas ni sebenarnya melibatkan beberapa komponen kos. Antaranya:
1. Kos Penjanaan: Harga untuk hasilkan elektrik guna sumber seperti gas asli, arang batu, idro, dan tenaga solar.
2. Kos Penghantaran: Bayaran untuk hantar elektrik dari stesen jana ke rumah korang melalui grid nasional.
3. Kos Operasi & Penyelenggaraan: Untuk pastikan semua sistem elektrik berjalan lancar.
Sejak 2014, kadar asas ni tak berubah walaupun kos bahan api global makin mahal. Ini sebab kerajaan nak pastikan elektrik kekal mampu milik untuk majoriti rakyat Malaysia.
ICPT: Pelarasan Kos Setiap 6 Bulan
ICPT adalah mekanisme pelarasan kos jangka pendek. Bila harga bahan api seperti gas atau arang batu naik, pengguna akan dikenakan surcharge. Sekiranya harga bahan api turun, pengguna akan mendapat rebat.Fair play, kan?
Kerajaan juga ambil langkah besar untuk lindungi rakyat:
1. Subsidi Elektrik: Lebih 85% rakyat Malaysia menikmati subsidi yang memastikan bil mereka kekal rendah.
2. Rebat ICPT: Dalam banyak kes, rakyat dapat rebat sehingga 2 sen/kWh, meringankan lagi beban kewangan.
Subsidi Elektrik: Majoriti Rakyat Dilindungi!
Ni fakta menarik yang korang perlu tahu:
1. 85% rakyat Malaysia (kira-kira 7.8 juta rumah) guna elektrik bawah 600 kWh setiap bulan. Golongan ni layak untuk subsidi penuh.
2. Kalau bil korang lebih dari 600 kWh, korang kena bayar tarif sebenar tanpa subsidi. Jangan risau okay?
Apa Cerita dengan Tarif Baru Julai 2025?
Buat masa sekarang, kerajaan masih belum buat keputusan. Korang boleh baca secara terperinci di artikel dari Berita Harian ini.
Jadi kita tunggu je dulu. Yang pasti, golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan terus dilindungi subsidi.
Fakta Menarik: ICPT & Rebat Elektrik
Setiap kali ICPT dikaji semula, kerajaan memastikan manfaat subsidi terus sampai ke rakyat
1. Rebat 2 sen/kWh yang diberikan membantu rakyat jimat lebih banyak walaupun kos global meningkat.
2. Majoriti rakyat masih menikmati tarif elektrik yang stabil, walaupun harga bahan api seperti arang batu dah naik lebih 100% sejak beberapa tahun lepas.
Guna Elektrik Bijak, Hidup Tenang
Kalau korang guna elektrik dengan sederhana, tak perlu risau langsung. Tarif kekal stabil, subsidi pun sentiasa ada untuk bantu.
Nak lagi tenang? Pastikan bil bulanan korang tak lebih dari 600 kWh. Korang automatik termasuk dalam 85% golongan rakyat yang dilindungi subsidi kerajaan.
Pendek kata, kerajaan komited nak pastikan elektrik kekal mampu milik untuk semua orang. Jadi, kalau guna sederhana, korang takkan rasa pun sebarang perubahan!
Tips Bijak Guna Elektrik
1. Tutup lampu dan peralatan elektrik bila tak guna.
2. Guna peralatan cekap tenaga (label 5 bintang).
3. Sentiasa cuci filter aircond & bilah kipas daripada habuk.
Kredit feature imej: Vocket
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source