Konsortium Jaringan Selangor laksana Jendela Kluster 18 Johor
![Konsortium Jaringan Selangor laksana Jendela Kluster 18 Johor Konsortium Jaringan Selangor laksana Jendela Kluster 18 Johor](http://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2025/02/6ddadee8-61b1-4733-8cc6-035718352dc0.jpg)
SHAH ALAM: Konsortium Jaringan Selangor Sdn. Bhd. dilantik melaksanakan projek Jalinan Digital Negara (Jendela) Kluster 18 yang melibatkan pembinaan 107 menara telekomunikasi berteknologi tinggi bagi memperluas liputan 4G di Mersing dan Kluang, Johor.
Liputan tersebut merangkumi kawasan strategik di dua daerah berkenaan yang sebelum ini kurang mendapat akses internet sebagai usaha memperkukuh infrastruktur digital negara dengan meningkatkan jaringan kesalinghubungan masyarakat.
Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Johor, Nurzie Ibrahim, berkata, daripada jumlah tersebut, 91 menara beroperasi sepenuhnya, manakala 16 lagi dijangka berfungsi secara berperingkat menjelang suku ketiga tahun ini.
“Dengan infrastruktur canggih dan perkhidmatan bertaraf tinggi, kita dapat meningkatkan daya saing negara di peringkat global. Menara-menara itu juga dibina mengikut jadual yang ditetapkan pada suku keempat tahun 2024,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini selepas Majlis Pemuktamadan Penyerahan 107 Menara Telekomunikasi di bawah Projek JENDELA Fasa 1.
Jelas kenyataan sama, Konsortium Jaringan Selangor memainkan peranan utama dalam menyiapkan sebahagian besar projek berkenaan sebagai sebahagian daripada pembangunan ekosistem digital Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Ahmad Fahman Ismail Hadi Tang memberitahu, transformasi digital memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara.
“Penguasaan transformasi digital amat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembaharuan nasional. Ia menjadi pemangkin kepada era digital yang lebih maju dan kompetitif,” ujarnya.
Kata kenyataan itu lagi, selain pembinaan menara di sana, projek itu turut memperluaskan jaringan ke pulau-pulau peranginan sekitar Mersing, memastikan akses digital yang lancar di kawasan-kawasan terpencil.
Beberapa lokasi tambahan turut dibangunkan di tanah persendirian dan kawasan di bawah bidang kuasa Jabatan Perhutanan Negeri Johor bagi memperluaskan lagi liputan projek ini.
Pada November tahun lalu, semua lokasi ditetapkan sudah diserahkan, menandakan kejayaan pelaksanaan projek transformasi digital ini.
“Konsortium Jaringan Selangor Sdn Bhd terus komited dalam menyokong agenda digital negara serta memastikan masyarakat mendapat akses telekomunikasi yang lebih baik,” katanya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source