Jalaluddin Hassan Dan Ziana Zain Tiba Di SPRM Untuk Beri Keterangan, Dr Sheikh Muszaphar Turut Dipanggil
Pelakon Datuk Jalaludin Hassan dilaporkan telah tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar jam 9.30 pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung kes sindiket syarikat pengurusan kewangan.
Jalaluddin walau bagaimanapun tidak menggunakan pintu utama di mana pengamal media berkumpul untuk membuat liputan.
Menurut sumber, Jalaluddin mengesahkan dia hadir untuk memberi keterangan di mana penyanyi Ziana Zain dilaporkan turut tiba dalam waktu yang sama.
Difahamkan juga, selain Jalaluddin dan Ziana Zain, personaliti media sosial Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor juga dipanggil.
Ketiga-tiga mereka dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung sindiket syarikat pengurusan kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
Difahamkan, kesemua selebriti yang terlibat menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 daripada syarikat terbabit yang bertindak sebagai duta.
SPRM sebelum ini berjaya menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan bersama pegawai bank di beberapa institusi kewangan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source