KL City turut senasib dengan Terengganu FC
![KL City turut senasib dengan Terengganu FC KL City turut senasib dengan Terengganu FC](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/02/34b13be7-92c6-412b-a735-e893524083e1.jpg)
KUALA LUMPUR – Satu lagi wakil negara, Kuala Lumpur City terpaksa melupakan Kejuaraan Kelab Asean (ACC) lebih awal apabila tewas 0-1 kepada gergasi Thailand, Buriram United di Stadium Buriram, sebentar tadi.
Sepanjang perlawanan berlangsung, jelas kelihatan jurang besar antara kedua-dua pasukan dimana Buriram United terlalu unggul untuk mendominasi sepanjang 90 minit permainan.
Disiplin bertahan dan ketangkasan penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy menjadi perkara positif buat KL City yang turun tanpa kelibat ketua pasukan, Paulo Josue kerana layangan kad merah ketika aksi dengan Cong An Hanoi FC, 23 Januari lalu.
Terdahulu, disebalik penguasaan penuh, Buriram United terpaksa menanti hingga minit ke-37 untuk membuka jaringan menerusi Lucas Crispim.
Bersambung babak kedua, skrip hampir sama berulang dimana pemain The City Boys banyak ‘berkampung’ di kawasan sendiri untuk mengekang asakan bertali arus tuan rumah.
Ketangkasan Hafizul Hakim juga wajar diberikan pujian kerana beberapa kali melakukan aksi berkualiti tinggi untuk menyekat peluang terbaik tuan rumah sekaligus memaksa Buriram United sekadar berpuas hati dengan kemenangan 1-0. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source