Tidak perlu garis panduan, orang Islam tahu jaga batas, peraturan – Anwar
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menegaskan tiada keperluan untuk mengadakan satu garis panduan khusus bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam.
Ini kerana kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua orang Islam tahu batas dan peraturan semasa mereka menghadiri sebarang ucapara atau majlis.
“Yang perlu, orang Islam mesti jaga akidah dia bahawa ada peraturannya, ada yang tak boleh dilanggar. Tetapi untuk menyantuni masyarakat pelbagai kaum pelbagai agama itu tidak ada masalah selama ini
“Saya sebagai PM juga hari ini hadir di kawasan ini (Kuil Batu Caves) untuk bantu bangunkan dewan (masyarakat). Saya juga tahu sambutan Thaipusam ini untuk masyarakat Hindu tapi kita bantu.
“Supaya masyarakat Hindu tahu dan mereka selesa jalanankan (aktiviti) keagamaan tanpa apa-apa masalah,”katanya.
Beliau berkata demikian selepas selesai meninjau persiapan sambutan Thaipusam di Dewan Kuil Batu Caves, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, seharusnya isu berkenaan juga tidak perlu dibangkitkan lagi selepas ini kerana ia juga telah diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi.
“Keputusan ini juga akan saya persembahankan kepada Duli Yang Maha Mulia, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menjadi Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
“Jadi jangan-jangan persulitkan. Jangan menimbulkan kerisauan dalam masyarakat,” katanya,”ujarnya.
Terdahulu, Jemaah Menteri bersetuju bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh memberikan nasihat kepada umat Islam berkaitan keperluan menjaga akidah dalam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam.
Menerusi kenyataan bersama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Jelas kenyataan itu, ia susulan kekeliruan yang timbul berhubung cadangan garis panduan mengenainya.-KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source