“Cuma Bagi 1 Megi & 1 Botol Air Kongsi 3 Orang” – Netizen Terkejut Dengar Wanita Indonesia Kongsi Layanan Buruk Pihak Agensi
![“Cuma Bagi 1 Megi & 1 Botol Air Kongsi 3 Orang” – Netizen Terkejut Dengar Wanita Indonesia Kongsi Layanan Buruk Pihak Agensi “Cuma Bagi 1 Megi & 1 Botol Air Kongsi 3 Orang” – Netizen Terkejut Dengar Wanita Indonesia Kongsi Layanan Buruk Pihak Agensi](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2025/02/07164706/wanita-Indonesia-kongsi-pengalaman-buruk-dengan-agensi.jpg)
Sesetengah pembantu rumah berasal dari Indonesia mendapat layanan yang buruk atau dipandang rendah oleh segelintir masyarakat.
Pendedahan seorang pembantu rumah dari Indonesia menerima pelbagai respon daripada netizen Malaysia selepas dia menceritakan antara layanan buruk pernah diterimanya sebelum ini,
Menerusi satu temu bual bersama Malaysian Pay Gap di Instagram, pembantu rumah yang berhijrah dari Batam itu berkata dia sudah bekerja di Malaysia selama 20 tahun.
Kongsinya, ketika mula-mula berhijrah gaji permulaannya bekerja di negara ini hanyalah berjumlah RM430 dan kini dia menerima gaji RM2,800.
Perkongsiannya tentang pengalamannya mendapat layanan ‘kejam’ daripada agensi pekerjaan suatu ketika dahulu telah mendapat pelbagai reaksi netizen.
Ceritanya, ketika dia baru tiba di Johor dari Batam, dia dan tiga rakan terus diminta untuk membersihkan bangunan tiga tingkat oleh ejen pada jam 10 malam.
Agent itu suruh kita 3 orang sapu dan mop lantai (bangunan) 3 tingkat, jam 10 malam. Dari atas sampai bawah suruh sapu mop lantai. Lepas itu (selesai kerja), kami lapar. Dia cuma bagi 1 bungkus Maggi dan 1 biji telur untuk 3 orang. Air pun satu botol saja.
Ramai netizen terkejut dengan sikap tidak berperikemanusiaan pihak agensi yang tidak didedahkan namanya itu kerana melayani mereka dengan buruk dan tidak memberi makan secukupnya.
Hanya kerana dia pekerja warga asing, bukan bermakna dia tidak layak dilayan seperti manusia. 1 maggi dan 1 botol air untuk 3 orang itu kejam. Memang banyak agensi layan pekerja asing macam sampah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source