Leclerc cemerlang sesi ujian tayar Pirelli
BARCELONA – Charles Leclerc mencuri tumpuan sewaktu sesi ujian tayar Pirelli di Litar Barcelona-Catalunya apabila mencatat masa terpantas buat Ferrari dalam sesi persediaan menghadapi kempen Formula Satu (F1).
Ujian selama dua hari itu menyaksikan Ferrari dan McLaren membantu Pirelli menguji tayar direka untuk memenuhi peraturan aerodinamik pada musim depan dan dijangka mengurangkan 20 peratus tahap downforce sekali gus mencabar ketahanan di bawah kondisi baharu.
Kedua-dua pasukan menggunakan jentera 2024 yang diubah suai untuk simulasikan keadaan tersebut, selain tayar musim 2026 juga hadir dalam saiz lebih kecil dengan tayar hadapan dikurangkan 25 millimeter (mm), manakala tayar belakang dikurangkan 30mm.
Pada sesi pertama, Lewis Hamilton mempamerkan kelajuan apabila mencatat masa 1:15.93 saat (s) menggunakan jentera Ferrari SF-24, 0.13s lebih pantas daripada Leclerc.
Namun, kedua-duanya masih ketinggalan di belakang Lando Norris dari McLaren yang muncul pemandu terpantas dengan masa 1:15.21s menggunakan jentera MCL60 yang turut diubah suai.
Sementara itu, Ketua Bahagian F1 dan Perlumbaan Pirelli, Mario Isola berkata, ujian tersebut amat penting untuk mendapatkan data awal bagi pembangunan tayar baharu.
“Sesi ini sangat berguna, terutama untuk membandingkan pelbagai jenis binaan tayar bagi musim depan. Kami juga bereksperimen dengan beberapa kompaun dari kategori lebih keras.
“Litar Barcelona adalah antara litar paling mencabar untuk tayar kerana tekanan tinggi dan kadar degradasinya yang ekstrem. Data yang kami kumpulkan di sini akan menjadi asas penting untuk tayar generasi baharu,” tambahnya.
Selepas ujian di Barcelona, Pirelli akan meneruskan program pembangunan di Jerez bagi memastikan tayar baharu ini bersedia menghadapi cabaran musim 2026. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source