Malaysia perkukuh ekosistem halal, kekal sebagai hab halal global
PETALING JAYA – Malaysia terus mengorak langkah proaktif dalam memperkukuh ekosistem halal negara bagi memastikan kedudukannya sebagai hab halal global yang dominan tidak tergugat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, persaingan dalam industri halal semakin sengit apabila lebih banyak negara mula mengambil langkah agresif untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam sektor ini.
“Dunia kini berlumba-lumba menguasai pasaran halal dan Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
“Sebaliknya, kita perlu bergerak lebih pantas, lebih strategik dan lebih inovatif untuk memastikan Malaysia bukan sahaja kekal sebagai pemimpin industri halal dunia, tetapi juga menjadi pusat rujukan utama dalam semua aspek ekosistem halal global,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Agenda Halal Malaysia berkata, setakat Disember tahun lalu, industri halal menyumbang 7.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bersamaan RM146.6 bilion.
Justeru, bagi memperkukuh industri halal Malaysia, enam kluster utama telah dikenal pasti sebagai teras transformasi ekosistem halal negara.
Jelasnya, enam kluster berkenaan adalah dasar halal negara, digitalisasi pensijilan halal dan pembangunan sektor bernilai tinggi.
Selain itu, ujarnya kluster berkenaan turut melibatkan strategi pemasaran antarabangsa, pembangunan tenaga kerja halal serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) halal.
Ahmad Zahid yakin kejayaan ini dapat direalisasikan dengan sokongan kerajaan, industri dan masyarakat.
“Malaysia mesti menerajui transformasi industri halal global dan dengan strategi yang jelas serta kerjasama erat.
“insya-Allah negara kita akan terus menjadi hab halal unggul yang diyakini dunia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source