Infotainment

4 Cara Mudah Semak Market Value Rumah Semasa Secara Percuma – gohartanah.com

4 Cara Mudah Semak Market Value Rumah Semasa Secara Percuma – gohartanah.com

rumahkabin black

Perkara paling penting sebelum anda membuat buat keputusan untuk jual rumah ialah semak harga pasaran atau market value semasa.

Daripada info market value tersebut, baru mudah bagi anda atau ejen hartanah anda untuk tentukan berapa harga jualan rumah tersebut.

Kalau dilihat pada data transaksi jual beli rumah bagi tempoh 3-4 tahun kebelakangan ni, tidak dinafikan harga hartanah menurun. Antara disebabkan faktor ekonomi dalam negara dan luar negara, penyakit COVID19, kesan selepas COVID19 dan macam-macam lagi.

blog post gohartanah
4 Cara Mudah Semak Market Value Rumah Semasa Secara Percuma - gohartanah.com 3

Saya suka melihat berbalik kepada asas ekonomi itu sendiri iaitu demand dan supply untuk hartanah. Saya boleh katakan ada banyak hartanah di dalam pasaran dan permintaan untuk membeli rumah ini menurun atau lemah. Ini dilaporkan di dalam Laporan transaksi hartanah oleh NAPIC.

Kempen Pemilikkan Rumah (HOC)

Bagi mengatasi perkara ini kerajaan sebelum ini membuat kempen pemilikan rumah atau Home Ownership Campaign (HOC) dengan menawarkan pelbagai insentif untuk pembeli rumah.

Oleh itu untuk menentukan harga jualan rumah, anda perlu bersandarkan harga pasaran terkini.

Pada waktu ini sekiranya anda letak harga jual yang tinggi daripada market value semasa, saya khuatir tiada pembeli yang berminat untuk membeli rumah tersebut.

Pada saat ini ada banyak rumah sedang dijual di bawah harga pasaran semasa sedang diiklan di portal-portal hartanah.

Oleh itu anda perlu buat analisa demand dan supply untuk dapatkan harga jualan terbaik. Bagi perkara ini, saya cadangkan anda merujuk ejen hartanah setempat yang mahir bagi satu-satu kawasan.

Berikut adalah 4 cara Mudah dan Percuma untuk semak market atau harga pasaran terkini rumah anda.

1. Tanya Kejiranan

jiran bersatu
4 Cara Mudah Semak Market Value Rumah Semasa Secara Percuma - gohartanah.com 4

Cara paling mudah dan anda wajpb buat ialah tanya jiran-jiran setempat. Daripada kejiranan, anda boleh dapatkan info terkini sekiranya ada jiran yang berjaya jual rumah atau refinance rumah mereka.

Saya yakin setiap taman mempunyai Group WhatsApp bagi menyalurkan pelbagai maklumat setempat. Oleh itu manfaatkan saluran ini bagi mendapatkan info berkenaan transaksi jual beli atau market value rumah.

2. Tengok Iklan Rumah Untuk Dijual

house for sale
4 Cara Mudah Semak Market Value Rumah Semasa Secara Percuma - gohartanah.com 5

Cara kedua ni agak mudah kerana anda boleh dapatkan info menggunakan telefon pintar sahaja. Anda hanya perlu lihat harga rumah yang sedang dijual di sekitar rumah anda.

Anda boleh tengok secara online di portal hartanah seperti mudah.my, propertyguru, iproperty dan lain-lain.

Selain itu juga anda boleh pusing di sekitar taman anda dan cari rumah yang ada banner rumah untuk dijual. Hubungi nombor tertera bagi dapatkan harga pasaran terkini untuk rumah tersebut.

3. Ejen Hartanah

3
4 Cara Mudah Semak Market Value Rumah Semasa Secara Percuma - gohartanah.com 6

Tugas ejen hartanah memang fokus kepada transaksi jual-beli dan sewa rumah. Dan setiap ejen hartanah mempunyai kawasan jajahan masing-masing dan mereka ini tentukan pakar bagi satu-satu kawasan.

Oleh itu anda boleh hubungi ejen hartanah atau perunding hartanah yang pakar bagi kawasan tersebut. 

Saya yakin ejen hartanah akan memberi nasihat dan pandangan berkenaan harga pasaran terkini. Dan anda juga boleh tanya berapa harga yang sesuai untuk rumah anda.

Sebab ejen hartanah tahu demand dan supply bagi kawasan tersebut.

4. Bank Setempat

Cara terakhir yang saya boleh cadangkan ialah rujuk cawangan bank berhampiran dengan rumah anda. Setiap bank ada jabatan atau unit yang uruskan pembiayaan rumah. Oleh itu banker boleh maklumkan berapa harga pasaran berdasarkan maklumat yang mereka terima daripada valuer atau jurunilai berdaftar yang panel dengan bank tersebut.

Kesimpulan

Saya harapkan 4 Cara Semak Market Value atau Harga Pasaran Rumah ini dapat memberi manfaatkan kepada anda. Semoga dengan info market value terkini ini anda untuk meletakkan harga terbaik dan seterusnya mempercepatkan proses penjualan rumah nanti.

Sila komen di bawah sekiranya ada pertanyaan atau perlukan info lanjut



rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link