Kepala AR Apple Dilaporkan Meletakkan Bateri Pada Pinggang Pemakai
Terdapat pelbagai maklumat dan spekulasi mengenai set kepala AR pertama Apple. Pelancarannya dinantikan bagi melihat apa yang mampu dihasilkan oleh Apple di Cupertino berbanding Meta di Menlo Park. Menurut laporan terkini The Information, rekaan set kepala AR Apple diubah lagi kali ini dengan pek bateri diletakkan pada pinggang pemakai.
Pek bateri diubah kedudukannya dari bahagian kepala bagi menyelesaikan isu set kepala terlalu berat, tidak seimbang dan pemanasan. Kabel kuasa disambungkan dari pek bateri ke set kepala menggunakan sistem MagSafe. Dalam laporan yang sama, set kepala ini hadir dengan 12 kamera dan LiDAR supaya ia boleh mengimbas dunia sebenar sepanjang masa.
Skrin mikro LED memberikan pemandangan 120 darjah dengan resolusi mencecah 8K. Di bahagian luar terdapat paparan sekunder supaya emosi pemakai boleh dipaparkan kepada pengguna lain. Tiada speaker terbina diberikan. Sebaliknya ia perlu digunakan bersama Apple AirPods Pro Gen 2 yang mempunyai cip H2. Ini membolehkan audio spatial lebih baik didengari oleh pemakai.
Membekalkan kuasa ialah cip baharu yang lebih berkuasa berbanding cip pada iPhone dan Mac. Kuasa yang tinggi diperlukan untuk memproses visual 3D pada resolusi yang tinggi. Sejauh manakah ketepatan laporan ini hanya akan diketahui jika set kepala dilancarkan tahun ini seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link