Anthony Loke sekali lagi tinjau perkhidmatan LRT
PETALING JAYA- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, sekali lagi membuat kejutan dengan meninjau keadaan stesen perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, petang tadi.
Kali ini beliau meninjau keadaan stesen bersama salah seorang YouTuber terkenal ketika penumpang perkhidmatan tersebut memenuhi stesen pada waktu puncak, hari ini.
“Petang tadi saya meninjau keadaan Kelana Jaya LRT dan Laluan Monorel bersama YouTuber, Lucasdebating, semasa ‘peak hour’ (waktu puncak).
“Saya tahu ada gangguan perkhidmatan LRT petang tadi kerana masalah teknikal.
“Ini menyebabkan tren bergerak dengan lebih perlahan dan ramai penumpang menunggu lama di stesen dan keadaan tren yang sangat sesak,” ujarnya di akaun Instagram, hari ini.
Tambahnya, pihak pengurusan teknikal Rapid Rail telah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan perkhidmatan tersebut secepat mungkin.
“Segala kesulitan yang dihadapi oleh penumpang amat dikesali.
“Terima kasih kepada polis bantuan dan kakitangan yang menolong penumpang di platform.
“Pihak MOT dan Prasarana akan terus berusaha mengatasi masalah teknikal yang dihadapi dan menstabilkan perkhidmatan,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link