Infotainment

AMD Ryzen 7000 “Dragon Range” Dan “Phoenix Point” Diperkenalkan – Menggabungkan Cip Zen 3 Dan RDNA 3 Dalam Satu Pakej

AMD Ryzen 7000 “Dragon Range” Dan “Phoenix Point” Diperkenalkan – Menggabungkan Cip Zen 3 Dan RDNA 3 Dalam Satu Pakej

rumahkabin black

Selepas melancarkan siri cip pemprosesan AMD Zen 3 dan juga kad grafik AMD Radeon RX 7000 yang menggunakan cip grafik RDNA 3, AMD kini juga dilihat akhirnya melancarkan APU terbaru mereka yang dinamakan AMD Ryzen 7040 “Phoenix Point” dan juga AMD Ryzen 7050 “Dragon Range”.

AMD Ryzen 7000 “Dragon Range” Dan “Phoenix Point” Diperkenalkan – Menggabungkan Cip Zen 3 Dan RDNA 3 Dalam Satu Pakej

Bermula dengan APU Phoenix Point, AMD dilihat menawarkan sejumlah model cip pemprosesan yang menggabungkan cip pemprosesan Zen 3 dengan 8 teras dan 16 bebenang kuasa dan cip grafik RDNA 3 dengan pelbagai konfigurasi teras untuk menguasakan siri cip pemprosesan AMD Ryzen U, P dan H yang mempunyai jumlah penggunaan kuasa 15W, 28W dan 35W.

AMD Dragon Range 2 950x534

Bahagian GPU cip pemprosesan ini memperlihatkan penggunaan 12 teras compute unit dan digabungkan dengan cip kecerdasan buatan XDNA yang dibangunkan oleh Xilinx selepas syarikat tersebut diambil-alih oleh AMD. Ia dilihat bahawa cip ini, digabungkan dengan cip grafik RDNA 3 akan membantu dalam meningkatkan prestasi gaming komputer riba disamping memastikan penggunaan kuasa adalah lebih rendah.

Diantara siri cip pemprosesan yang diperlihatkan dibawah Phoenix Point termasuklah AMD Ryzen 9 7940HS dengan konfigurasi 8 teras/16 bebenang dan kelajuan 4GHz, AMD Ryzen 7 7840HS dengan kelajuan 3.8GHz dan AMD Ryzen 5 7640HS dengan kelajuan 4.3GHz.

Cip pemprosesan AMD Ryzen 7050 Dragon Range pula ialah siri cip pemprosesan APU yang diperkenalkan untuk komputer-komputer riba kelas gaming dan produktiviti yang lebih berkuasa.

AMD Phoenix Point 1 950x534

Perbezaan yang lebih ketara dapat diperlihatkan pada cip pemprosesan ini ialah walaupun ia menggunakan cip pemprosesan Zen 4 yang terbaru, ia masih lagi menggunakan cip grafik RDNA 2 untuk bahagian grafiknya.

AMD Phoenix Point 2 950x534

AMD mengatakan mereka lakukan ini kerana untuk komputer riba yang akan menggunakan APU Dragon Range, ia akan dipadankan bersama kad grafik yang jauh lebih berkuasa, dan ini adalah satu cara untuk mengurangkan kos pembangunan cip ini.

Dari segi jumlah teras yang ditawarkan, AMD Ryzen 7050 ini hadir dengan sehingga 16 teras fizikal dan 32 bebenang kuasa. AMD Ryzen 9 7945HX misalnya hadir dengan prestasi satu teras 8 peratus lebih tinggi berbandnig dengan model generasi lepas, tetapi dari segi prestasi multi-teras, ia adalah 78 peratus lebih pantas berbanding dengan cip pemprosesan tersebut.

AMD mengesahkan bahawa cip-cip pemprosesan Phoenix Point dan Dragon Range ini akan mula ditawarkan pada komputer-komputer riba bermula bulan Februari dan Mac ini, dan akan dipasarkan tidak lama selepas itu.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link