Infotainment

Stylus MSI Pen 2 Boleh Digunakan Pada Skrin Peranti Dan Juga Di Atas Kertas

Stylus MSI Pen 2 Boleh Digunakan Pada Skrin Peranti Dan Juga Di Atas Kertas

rumahkabin black

Sudah berdekad lamanya stylus dicipta dengan pada peringkat awal ia adalah perlu untuk peranti seperti Palm Pilot kerana skrin sesentuh pada waktu tersebut tidak mempunyai kejituan yang tinggi. Stylus kini kembali popular kerana ia cara terbaik menghasilkan karya digital terus pada skrin peranti, tablet dan komputer.

Stylus MSI Pen 2 Boleh Digunakan Pada Skrin Peranti Dan Juga Di Atas Kertas

Tetapi stylus seperti S Pen dan Apple Pencil hanya boleh digunakan pada skrin peranti dan tidak pada permukaan kertas. Di CES, MSI Pen 2 telah dilancarkan dengan ia mempunyai mata grafit yang membolehkan ia berfungsi seperti pensel biasa di atas kertas dan melakukan lakaran pada permukaan skrin komputer riba MSI.

Menurut MSI, mata grafik Pen 2 tidak mencalarkan skrin komputer riba. Ia masih mempunyai kepekaan tinggi 4096 tahap tekanan dan mengesan sendeng seperti stylus lain. Menerusi teknologi Microsoft MPP2.6  pula, pengguna dapat merasakan timbal balik haptik ketika menggunakannya.

MSI Pen 2 Stylu A 950x535

Menerusi pengecasan selama 5 minit, ia boleh digunakan berterusan sehingga 10 jam. Mata pena grafit yang telah habis digunakan boleh digantikan seperti mata pena pensel mekanikal. Beberapa mata grafit gantian diberikan dengan setiap pembelian. MSI Pen 2 disertakan dengan setiap pembelian MSI Creator Z dengan ia disimpan secara sambungan magnet pada sisi komputer riba.

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link