Surat tawaran haji akan dikeluarkan tidak lama lagi – Tabung Haji
PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran tunai haji bagi tahun 2023 dalam masa terdekat dengan mengutamakan mereka yang masih menunggu giliran sejak pandemik Covid-19 lalu.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Sri Amrin Awaluddin berkata, ia ekoran keputusan Kerajaan Arab Saudi untuk memberi kuota penuh sebanyak 31,600 kepada Malaysia untuk musim haji tahun ini.
Jelasnya, TH juga telah dimaklumkan bahawa tiada had umur bagi musim haji tahun ini berbanding had 65 tahun yang dikenakan untuk musim haji 2022.
“TH telah memulakan persiapan awal sebaik sahaja tamat operasi musim lalu untuk membuat beberapa penambahbaikan bagi mengekalkan mutu perkhidmatan dan memastikan keselamatan dan kesihatan jemaah sentiasa terjamin.
“TH akan mengeluarkan surat tawaran tunai haji tidak lama lagi dan akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020, 2021 dan seterusnya 2022 yang masih menunggu giliran mereka disebabkan pandemik, sebelum diikuti dengan bakal haji giliran 2023,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Amrin Awaluddin juga turut menzahirkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kuota penuh yang menunjukkan keberkesanan langkah-langkah keselamatan yang diambil Arab Saudi untuk menangani pandemik Covid-19 pada tahun-tahun sebelumnya.
Dalam pada itu, beliau berkata rayuan haji melalui platform atas talian THiJARI juga akan dibuka dan tarikhnya akan diumumkan oleh TH dalam masa terdekat.
Ujarnya, pemilihan rayuan haji adalah berpandukan kriteria tertentu dengan rayuan mahram akan diberikan keutamaan.
“Saya nasihatkan agar semua bakal jemaah haji untuk menghadiri kursus asas haji anjuran TH selama 13 minggu bermula 25 November 2022 sehingga 17 Februari 2023 sebagai persediaan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji serta mendapat gambaran suasana terkini di tanah suci,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link